PDM CAWANGAN SARAWAK

PDM CAWANGAN SARAWAK

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak ditubuhkan pada tahun 1981 dengan koleksi lebih kurang 2,500 naskhah buku pelbagai bidang diwarisi daripada Biro Kesusasteraan Borneo, satu badan kerajaan yang diambil alih oleh DBP dalam tahun 1977.

Pada tahun 1980, wujudnya Koleksi Tempatan iaitu koleksi kecil buku-buku tentang Sarawak yang bukan sahaja dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan malah penulis luar yang menulis tentang Sarawak. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak diberi nama sebagai PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir setelah berpindah ke bangunan sendiri di Petra Jaya.

Koleksi Borneo merupakan hampir satu perempat daripada jumlah keseluruhan bahan yang terdapat di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir. Selain itu, antara koleksi yang ada di PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir ialah keratan akhbar, pita video, gambar foto. Ia boleh dimanfaatkan oleh bukan sahaja karyawan DBP malah masyarakat umum, khasnya para penyelidik bahasa, sastera dan budaya.

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Isnin - Khamis8.30 pagi - 4.30 petang
Jumaat8.30 pagi - 12.00 tengah hari
2.45 petang - 4.30 petang

Pegawai untuk dihubungi

Mohd Hapizan bin Abdullah
Pustakawan
PDM Tun Hamdan Sheikh Tahir
mohdhapizan@dbp.gov.my

 

 

Recent Posts