MUZIUM BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

MUZIUM BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

Muzium Bahasa dan Persuratan Melayu sebagai sebuah institusi untuk mengumpul, mendokumenkan, memelihara serta mempamerkan maklumat-maklumat dan objek-objek mengenai sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu.

Matlamat penubuhan adalah sebagai pusat untuk menonjolkan kepentingan bahasa, sastera dan persuratan Melayu di Malaysia dalam konteks perkembangan sosioekonomi negara. Selain itu, berperanan sebagai pusat sumber pendidikan bagi kegunaan pelbagai lapisan pelawat.

Skop pameran meliputi perkembangan aspek-aspek bahasa dan persuratan Melayu dalam pelbagai bidang dan  medium yang berlaku di Malaysia dan alam Melayu amnya pada masa dahulu, kini dan akan datang.

Recent Posts