PDM Wilayah Timur

PDM WILAYAH TIMUR

PDM Tengku Anis yang terletak di tingkat tiga Pejabat DBP Wilayah Timur telah memulakan operasinya sejak tahun 2000 dan sehingga kini menyimpan lebih daripada 10,000 naskhah bahan yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Ia juga mempunyai berbagai-bagai jenis bahan berkaitan bidang lain seperti sejarah, sains sosial, am, agama, sains tulen dan matematik serta koleksi rujukan terkini. Bahan-bahan disini terdapat dalam pelbagai bentuk, selain daripada buku, terdapat juga majalah, kertas kerja seminar, bahan audio visual, bahan fotografi dan lain-lain lagi.

Di sini juga terdapat koleksi khas Wilayah Timur yang khusus berkaitan dengan bahan-bahan tentang Wilayah Timur yang ditulis oleh para penulis yang berasal dari negeri-negeri liputan DBP Wilayah Timur.

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Ahad - Rabu8.30 pagi - 4.30 petang
Khamis8.30 pagi - 3.00 petang

Pegawai untuk dihubungi

Wan Mohd Helmy bin Wan Hussin
Penolong Pustakawan
PDM Wilayah Timur
[email protected]

 

Recent Posts