PDM WILAYAH SELATAN
Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Selatan atau dikenali sebagai Pusat Dokumentasi Melayu Shaharom Husain, ditubuhkan sejajar dengan penubuhan DBP Wilayah Selatan di Larkin Perdana, Johor Bahru pada Mei 2001. PDM Wilayah Selatan memiliki pelbagai koleksi bahan monograf dan audio visual bagi tujuan penyelidikan dalam aspek bahasa, sastera dan budaya.Wujudnya PDM Wilayah Selatan juga akan dapat menjadi pusat pengumpulan maklumat mengenai perkembangan bahasa dan kebudayaan masyarakat melayu di wilayah selatan.
Di Galeri Pameran Bahasa dan Kesusasteraan dipenuhi dengan gambaran kegiatan bahasa dan sastera Wilayah Selatan sejak awal hingga kini. Selain itu, arca, seramik, fabrik, peralatan muzik tradisional dan pelbagai lagi sedang giat dikumpul untuk galeri.
Sehingga kini, galeri ini telah menerima pelbagai lawatan dari dalam dan luar negara. PDM Wilayah Selatan sedang giat meningkatkan koleksi bahan rujukan bahasa dan sastera wilayah selatan. Selain membantu menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat amnya, pelbagai aktiviti akan dijalankan bagi menarik minat masyarakat dalam memupuk budaya dan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih meluas.
Waktu Perkhidmatan
HARI | MASA |
Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 4.30 petang |
Khamis | 8.00 pagi - 3.00 petang |
Pegawai untuk dihubungi
Rosalina binti Awang
Penolong Pustakawan
Pusat Dokumentasi Melayu Wilayah Selatan
rosalina@dbp.gov.my