SIRKULASI
![](https://pustakapdm.dbp.my/wp-content/uploads/2019/04/RUANG-DI-PDM-7.jpg)
Kaunter Sirkulasi terletak di aras 3, Pusat Dokumentasi Melayu. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
Kemudahan pinjaman diberikan kepada pengguna mengikut kategori seperti berikut:
KATEGORI
BAHAN PINJAMAN
TEMPOH PINJAMAN
Staf dan Pesara DBP
4 Buah Buku
1 Judul Majalah
Pinjaman Jangka Panjang
2 Minggu
3 Hari
3 Bulan
Ahli Rakan DBP
4 Buah Buku
2 Minggu
Konsortium Sistem Perbekalan Penerbitan
2 Buah Buku
4 Minggu
Peraturan
• Pengguna perlu menunjukkan kad keahlian semasa meminjam bahan/buku.
• Pengguna tidak dibenarkan meminjam bahan/buku menggunakan kad pengguna lain.
• Semua bahan yang dibawa keluar dari PDM mestilah dipinjam secara sah melalui proses pinjaman di kaunter.
• Kehilangan atau kerosakan bahan/buku mesti dilaporkan dengan segera, pengguna bertanggungjawab terhadap bahan dipinjaman.
• Pengguna akan dikenakan bayaran bagi bahan/buku yang dihilangkan.
Pemulangan
• Pengguna hendaklah memulangkan bahan/buku yang dipinjam pada tarikh yang ditetapkan.
• Notis peringatan akan dihantar kepada peminjam yang lewat memulangkan bahan/buku.
Pembaharuan
• Pembaharuan boleh dibuat di Kaunter Sirkulasi jika sekiranya bahan/buku tidak ditempah oleh pengguna lain.
• Bahan/buku hanya boleh diperbaharui sebanyak dua kali sahaja.
Denda
• Denda akan dikenakan sebanyak RM0.50 sehari/satu judul, bagi pemulangan yang melewati tarikh yang ditetapkan.
• Ahli yang tidak mematuhi peraturan pinjaman akan disenarai hitam atau digantung keahlian.