KOLEKSI MANUSKRIP MELAYU

KOLEKSI MANUSKRIP MELAYU

Manuskrip Melayu warisan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya, dan lambang merupakan peradaban bangsa yang perlu dipulihara untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan generasi alaf baru.

Menyedari hakikat ini, PDM telah mengumpulkan 343 judul manuskrip Melayu. Koleksi   manuskrip Melayu ini merupakan koleksi manuskrip tulisan tangan huruf Jawi, Rumi, Sanskrit, Bugis, Rencong, Palava atau bentuk tulisan lama. Manuskrip ini bukan sahaja ditulis di atas kertas, malah ada juga di atas kepingan buluh, daun lontar dan beberapa media lain.

Katalog manuskrip terbitan PDM memuatkan 182 entri manuskrip dalam pelbagai bidang ilmu, iaitu bidang pengajian bahasa Melayu, biografi, agama Islam, kepercayaan, kesusasteraan rakyat, dalam bentuk syair, hikayat, gurindam, perubatan tradisional Melayu, Quran (30 juzuk) dan tafsirannya, sejarah, undang-undang, dan subjek-subjek umum yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Setiap entri yang terakam diberi butiran secara terperinci dan sistematik supaya para penyelidik dapat menggunakannya dengan lebih berkesan.

 

 

Recent Posts