PDM Wilayah Utara

PDM WILAYAH UTARA

Penubuhan pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara pada 15 Julai 1999 merupakan salah satu usaha jangka panjang untuk pengembangan bahasa dan sastera di kawasan Utara Semenanjung Malaysia, Sumatera Utara dan Selatan Thailand. PDM Wilayah Utara telah dibuka secara rasminya kepada para pelajar, cendiakawan, penggiat sastera dan sesiapa sahaja yang ingin membuat rujukan maklumat mulai September 2003.

Koleksi bahan yang berjumlah lebih 4,000 naskhah tertumpu dalam bidang bahasa, sastera dan budaya dalam bentuk bahan bercetak seperti buku, majalah, kertas kerja, prosiding seminar, gambar foto dan bahan bukan bercetak seperti pita video, VCD dan kaset di samping mengumpul keratan akhbar tempatan. Bahan-bahan tersebut adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Pengumpulan bahan-bahan dari persatuan penulis dan penulis-penulis di sekitar wilayah utara kini sedang giat diusahakan.

Penghasilan data yang sistematik akan membolehkan capaian serta kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan cekap. Tujuan utama penghasilan pangkalan data adalah untuk merakamkan input dan menghasilkan output berkaitan individu atau agensi yang terlibat dengan aktiviti bahasa, sastera dan budaya di wilayah utara. Dengan wujudnya pangkalan data ini diharapkan perkembangan sastera, bahasa dan budaya di sekitar wilayah utara akan dapat dipertingkatkan.

Waktu Perkhidmatan

HARIMASA
Ahad - Rabu8.30 pagi - 4.30 petang
Khamis8.30 pagi - 3.00 petang

Pegawai untuk dihubungi

Nurul Akmal binti Abu Saare
Penolong Pustakawan
PDM Wilayah Utara
nurulakmal@dbp.gov.my

Recent Posts