KOLEKSI CAP BATU (LITOGRAF)

KOLEKSI CAP BATU (LITOGRAF)

Koleksi litograf yang ada dalam simpanan kebanyakannya dalam tulisan jawi, yang diterbitkan dalam tahun-tahun sebelum 1950-an, oleh Jawi Press, Mission Press, Sulaiman Marie dan orang perseorangan.

Sejumlah besar koleksi litograf ini terdiri daripada syair dan hikayat seperti Syair Cendawan Putih, Hikayat Amir Hamzah dan beberapa lagi. Setakat ini terdapat lebih daripada 45 judul (93 naskhah) bahan litograf yang tersimpan. Bahan-bahan tersebut diperoleh melalui pembelian dan hadiah.

Sebahagian daripada koleksi ini ada dalam bentuk mikrofilem (35 mm) dan mikrofis (16 mm).  Setiap permohonan salinan mikrofilem daripada institusi-institusi lain akan dikenakan bayaran mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan.

Recent Posts