Pusat Dokumentasi Melayu

  • UTAMA
  • AKTIVITI
  • PERKHIDMATAN
  • HUBUNGI KAMI

Pusat Dokumentasi Melayu

Pusat rujukan utama khazanah ilmu Melayu sejak penubuhan DBP pada 22 Jun 1956

Carian Bahan

Koleksi Terbaru

Latar Belakang

Pusat Dokumentasi Melayu salah satu resolusi penting dikemukakan semasa Kongres Persuratan Melayu ke-3 ialah penubuhan sebuah Balai Pustaka iaitu nama asal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang perlu mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan lengkap. Apabila DBP ditubuhkan dalam tahun 1956, salah satu bahagian yang terawal diwujudkan ialah Bahagian Perpustakaan.

Visi para pejuang kemerdekaan sudah merasakan pentingnya segala khazanah persuratan Melayu dikumpulkan bukan sahaja untuk kajian yang akan dibuat tentang masyarakat Melayu, tetapi juga untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Amanat inilah yang telah mendorong segala karyawan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab masing-masing seiring dengan matlamat DBP.

Selaras dengan perkembangan semasa, peranan Perpustakaan DBP semakin bertambah dan mencabar. Mulai awal tahun 1980-an, aplikasi teknologi dalam pengurusan dan pengaksesan maklumayelidikan dan pendokumentasian bahasa dan sastera Melayu mula diperkenalkan. Pada 12 Ogos 1993, Perpustakaan DBP melangkah setapak lagi kehadapan apabila dinaik taraf menjadi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Kemudiannya telah berpindah ke Menara DBP secara berperingkat-peringkat mulai Disember 2002.

Hari ini, PDM telah berorientasikan teknologi maklumat terkini sejajar dengan perbentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berwawasan. PDM sentiasa gigih meningkatkan mutu perkhidmatannya dari semasa ke semasa. PDM berharap mampu menembusi era globalisasi maklumat masa kini. Justeru, usaha menyalurkan nilai ekonomi maklumat yang tersimpan di PDM dalam perlbagai bentuk terus dilaksanakan demi mempertingkatkan daya saing dalam sector maklumat Negara.

Aktiviti

  • Sayembara Deklamasi Puisi Perpaduan bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2026

    Majlis penyampaian hadiah sayembara ini disempurnakan oleh Puan Fauzilahyatun binti Mustafa, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP.

    Read More: Sayembara Deklamasi Puisi Perpaduan bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2026
  • Majoriti Rakyat Malaysia Amalkan Budaya Membaca, Perkukuh Kelestarian Ilmu

    Read More: Majoriti Rakyat Malaysia Amalkan Budaya Membaca, Perkukuh Kelestarian Ilmu
  • Anugerah Sastera Negara ke – 16

    Read More: Anugerah Sastera Negara ke – 16
  • Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Kementerian Komunikasi 2026

    πŸ“… Khamis, 30 April 2026⏰ 9.00 pagi – 1.00 tengah hariπŸ“ Dewan Serbaguna, Aras B1, Menara Komunikasi, Kementerian Komunikasi Acara menarik menanti anda ✨✨ Majlis…

    Read More: Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Kementerian Komunikasi 2026
  • Manuskrip Melayu Lama

    Tinta Agung: Jejak Ilmu Melayu Silam https://www.facebook.com/reel/1200842105352742

    Read More: Manuskrip Melayu Lama
  • Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2026

    Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2026

    Saksikan Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2026 pada 26 April 2026, pukul 10.00 pagi

    Read More: Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan 2026
  • Forum Kepustakaan: Buku dan hak cipta sebagai teras kelestarian ilmu dalam era digital

    Forum Kepustakaan: Buku dan hak cipta sebagai teras kelestarian ilmu dalam era digital

    Siaran langsung medai sosial DBP pada 24 April 2026 (Jumaat) pada pukul 10.00 pagi.

    Read More: Forum Kepustakaan: Buku dan hak cipta sebagai teras kelestarian ilmu dalam era digital

Soalan Lazim.

1. Bagaimana saya boleh menjadi ahli Rakan DBP?

Anda perlu ke kaunter perpustakaan Pusat Dokumentasi Melayu dan isi borang keahlian dan perlu membuat bayaran RM10 (sepanjang hayat)

2. Apakah waktu beroperasi perpustakaan PDM?

Isnin – Khamis : 08.30 pagi – 16.30 petang Jumaat : 08.30 pagi – 12.15 tengah hari – 14.45 petang – 16.30 petang

3. Berapa buku yang saya boleh pinjam dalam satu masa?

4 buah buku dalam satu masa.

4. Berapa lama saya boleh pinjam satu buku?

2 minggu

5. Adakah perpustakaan menyediakan perkhidmatan e-book?

Ya, anda boleh mencari di Pustaka Digital DBP atau menggunakan pautan capaian pantas.

6. Bolehkah saya memanjangkan masa pinjaman saya?

Ya, Pembaharuan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi judul yang sama.

7. Berapa denda lewat pulangan buku?

RM0.50 sehari/ satu judul

Pusat Dokumentasi Melayu

Aras 6 , Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

03-2147 9659 (Kaunter perpustakaan aras 3)

Perkhidmatan

  • Pusat Rujukan Persuratan Melayu
  • DBP Sah Bahasa
  • Pustaka Digital DBP
  • Katalog Awam Dalam Talian
  • Akademi DBP
  • Jendela DBP
  • Khidmat Nasihat DBP
  • IPintar
  • Gerbang Kata
  • DBP Niaga

Capaian Pantas

  • Majalah
  • Akhbar
  • Buku DBP
  • Jurnal DBP
  • Laporan ASN