Rakan DBP dan Rakan Muda DBP

RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP

hhhhhhhh

Rakan DBP adalah satu program keahlian yang membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rujukan bihan kepustakaan Melayu, meningkatkan keintelektualan dan kesarjanaan dalam bidang persuratan Melayu serta menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat.

Pada Mac 2016, Mesyuarat Pengurusan DBP telah meluluskan penjenamaan semula dan dikenali dengan nama Rakan DBP dan Rakan Muda DBP. Penjenamaan ini bertujuan memperluas serta memantapkan nama dan jenama DBP sebagai sebuah agensi unggul dalam pemartabatan bahasa dan sastera Melayu serta penerbitan berbahasa Melayu.

Kategori dan Yuran Keahlian

Keahlian diberikan tanpa tamat tempoh, ia aktif seumur hidup. Keahlian dibahagikan kepada dua kategori seperti perincian yang berikut:

KATEGORI

UMUR

YURAN

CATATAN

Rakan DBP

18 tahun ke atas

RM10

Keahlian seumur hidup

Rakan Muda DBP

 

7 hingga 17 tahun

 

RM5

 

Naik taraf keahlian kepada Rakan DBP hanya dikenakan  bayaran RM5

Faedah dan Kemudahan

Menikmati diskaun 25% (buku dan majalah) dan 20% (buku teks, kamus dan tatabahasa dewan) bagi pembelian buku di Kedai Buku DBP Hulu Kelang dan Ujana Buku DBP.

Menikmati diskaun 10% bagi yuran kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP (pemegang kad Rakan DBP sahaja).

Menggunakan perkhidmatan rujukan dan pinjaman buku di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP (Pemegang kad Rakan DBP sahaja).

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat dengan melengkapkan borang keahlian dan membayar secara tunai di kaunter perkhidmatan. Sekiranya permohonan melalui pos, bayaran hendaklah menggunakan nama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dan alamatkan borang tersebut kepada:

Pusat Dokumentasi Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka
Peti Surat 10803
50926 Kuala Lumpur.

Muat turun borang keahlian disini:

BORANG RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP

RISALAH RAKAN DBP DAN RAKAN MUDA DBP

Recent Posts