Khidmat Rujukan Pengguna

KHIDMAT RUJUKAN PENGGUNA

Unit Khidmat Pengguna menawarkan perkhidmatan rujukan berkaitan sumber koleksi, pehidmatan dan kemudahan perpustakaan disamping rujukan persuratan Melayu kepada pengguna khususnya ahli Rakan DBP.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma, akan tetapi tertakhluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Penasihat Pembaca

Perkhidmatan ini meliputi menjawab pertanyaan rujukan yang diterima di kaunter Unit Khidmat Pengguna secara bersemuka, menerusi telefon, faks, surat dan e-mel.

Pempakejan Maklumat

Perkhidmatan ini menyediakan bahan maklumat yang telah dipakej menerusi sumber yang diperoleh daripada artikel akhbar dan Internet. Topik pakejan adalah terpilih dan berdasarkan permintaan. Maklumat dari pelbagai sumber mengenai satu-satu topik telah dipakejkan untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Kaunter Perkhidmatan atau menghubungi pustakawan.

Sila hubungi:
Che Rabitah binti Che Omar
Pustakawan
Unit Khidmat Pengguna
Pusat Dokumentasi Melayu
Tel. : 03-2147 9788
E-mel : rabitah@dbp.gov.my

Recent Posts