ANUGERAH PERPUSTAKAAN CEMERLANG

ANUGERAH PERPUSTAKAAN CEMERLANG 2010

Pusat Dokumentasi Melayu telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bagi kategori Perpustakaan Sederhana bagi tahun 2009.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin ABu Bakar dan menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan piala iringan.

Anugerah Perpustakaan Cemerlang merupakan pertandingan di peringkat kebangsaan
yang diadakan setiap dua tahun bermula 2005, terbahagi kepada tiga kategori iaitu perpustakaan besar, sederhana dan kecil.

Anugerah itu mengiktiraf perpustakaan yang berperanan dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan progresif selain meningkatkan imej perpustakaan dan profesion kepustakawanan serta menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia.

Pusat Dokumentasi Melayu merupakan pusat
rujukan terunggul tentang bahasa kesusasteraan

dan ilmu berkaitan bahasa Melayu. Koleksi warisan yang kukuh dan unik telah didokumentasi dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh Negara dan masyarakat. Dengan penubuhan galeri yang menarik dan aktiviti promosi membaca dan berkarya yang menyeluruh melalui Rakan Dewan, Bicara Karya, Diskusi Buku, Baca Naskah, Forum, Wacana Intelektual dan lain-lain.

Recent Posts