LATAR BELAKANG
• Sejak dua dekad yang lepas, kempen membaca masih di tahap tidak memuaskan dan penglibatan tidak inklusif.
• Fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih inklusif.
• Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996: hanya 87% daripada rakyat Malaysia mengamalkan budaya membaca.
• Laporan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014: Membaca 15-20 naskhah setahun berbanding negara maju membaca 40 judul setahun.
Objektif
i. Meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis.
ii. Memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cinta akan ilmu
iii. Mencambahkan tradisi keilmuan dalam kalangan masyarakat.