DR. KAMALUDIN MUHAMMAD

DR. KAMALUDIN MUHAMMAD (KERIS MAS)

BIODATA

Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Mohamad dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam), Sumatera dan Pitman College, Singapura. Keris Mas mula berkhidmat di DBP sebagai Pengarang Umum dari 1956 hingga 1962. Perkhidmatan terakhir beliau di DBP adalah sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai 1971 hingga bersara pada 1977.

Setelah bersara, beliau menjadi Penulis Tamu DBP selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Pada 29 Mei 1976, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang Sastera. Pada tahun 1981 pula, beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama.

Hasil penulisan Keris Mas mengemukakan berbagai-bagai persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalannya sosial-politik sesudah merdeka.

Antara hasil penulisan beliau adalah Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannya, Anak Titiwangsa, Mereka Tidak Mengerti dan Menjelang Merdeka. Keris Mas telah meninggal dunia pada 9 Mac 1992.

KARYA

Novel

• Pahlawan Rimba Malaya. Kota Bharu: Pustaka Permai, 1946.
• Korban Kesuciannya. Singapura: Utusan Melayu Press, 1949.
• Anak Titiwangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967.
• Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
• Rimba Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986.

Antologi Cerpen

• Mekar dan Segar. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1959.
• Dua Zaman. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963.
• Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977.
• Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1973.
• Cerpen-cerpen ASEAN. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
• Menunggu Ratu Adil. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi., 1984
• Angin Pulau. Kuala Lumpur: Teks Publishing,1985
• Dongeng Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1985,
• Kumpulan Cerpen Keris Mas 1946–1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
• Koleksi Terpilih Keris Mas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.

Esei / Kritikan

• Memoranda. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961.
• Kursus Penulis. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.
• Utusan Melayu 25 Tahun. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu, 1964.
• Asas Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1973.
• Panduan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973.
• Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
• Esei Pilihan Keris Mas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
• Nasionalisme dalam Persuratan. Kuala Lumpur: Muzium Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
• Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Memoir

• Memoir Keris Mas : 30 Tahun Sekitar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.

Wawancara

• Wawancara Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Recent Posts