PROF. EMERITUS DATO’ DR. SHAHNON AHMAD

PROF. EMERITUS DATO' DR. SHAHNON AHMAD

BIODATA

Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946, kemudian melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, hingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau pernah bertugas sebagai guru bahasa, pegawai tentera dan sekembalinya beliau ke tanah air selepas melanjutkan pelajaran di Australian National University (ANU), beliau bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris dan Universiti Sains Malaysia, kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982, Shahnon telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera.

Shahnon telah dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980. Pada 11 September 1993, Shahnon Ahmad dianugerahi gelar Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Persoalannya yang dapat dilihat melalui cerpen-cerpennya pada peringkat awal ialah persoalan yang berunsur sinis dan seks. Cerita-cerita yang dikemukakan lebih banyak menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota-kota. Antara hasil penulisan beliau adalah Rentong ,Ranjau Sepanjang Jalan, Serengenge, Al-Shiqaq I, Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah.

KARYA

Novel

• Rentong
. Melaka: Pustaka Penerbitan Abbas Bandung, 1965.
• Terdedah. Melaka: Pustaka Penerbitan Abbas Bandung, 1965.
• Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966.
• Menteri. Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967.
• Prostes. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967.
• Perdana. Singapura: Pustaka Nasional, 1969.
• Srengenge. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973.
• Sampah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.
• Kemelut. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977.
• Seluang Menodak Baung. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978.
• Al-Syiqaq I. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985.
• Tunggul-tunggul Gerigis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990).
• Patriarch. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995).
• Ummi & Abang Syeikhul. Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992.
• TIVI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.
• Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.
• Sutan Baginda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
• Stumps (Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Antologi Cerpen

• Dua Zaman (antologi bersama). Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963.
• Anjing-anjing. Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964.
• Perajurit yang Pulang (antologi bersama). Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964.
• Debu Merah. Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965.
• Angin Retak (antologi bersama). Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966.
• Konflik (antologi bersama). Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967.
• Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977.
• Selesai Sudah. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977.
• Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
• Angin Pulau (antologi bersama). Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985.
• Dongeng Merdeka (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985.
• Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama).Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985.
• Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986.
• Seketul Hati Seorang Pemimpin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
• Takah Demi Tokoh (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Drama

• Anak Rempang Karam di Kota. Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968.

Kajian

• Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail). Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966.
• Penglibatan dalam Puisi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978.
• Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.
• Kesusasteraan dan Etika Islam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981.
• Detik-detik Diri di Daerah Daif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
• Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
• Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
• Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
• Literature as a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
• Pongang Sastera. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.

Esei/Kritikan

• Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
• Penulisan Kreatif (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
• Sastera dan Sasterawan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.
• Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama). Kuala Lumpur: GAPIM, 1980.
• Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
• Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
• Sastera dan Agama (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Wawancara

• Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
• Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Recent Posts