DATUK DR. A. SAMAD SAID

DATUK DR. A. SAMAD SAID

BIODATA

Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan asas dan menengah di Singapura iaitu di Sekolah Melayu Kota dan Victoria Institution.  Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956). Beliau pernah berkerja sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat akhbar di Singapura dan Kuala Lumpur, antaranya Fikiran Rakyat, Utusan Zaman, Utusan Melayu, The New Straits Times dan Warta Teberau. Kini A. Samad Said menumpukan seluruh masa dan perhatiannya kepada bidang penulisan.

Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976, bersama-sama beberapa orang pengarang lain, beliau diiktiraf sebagai Pejuang Sastera.  Tahun 1979, juga turut memberi erti kepada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama, beliau telah dipilih menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards).  Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara 1985. Dalam tahun 1993, A. Samad Said menerima Anugerah ASEAN 1993 (Kategori Sastera) dari Negara Brunei Darussalam. Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A. Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran `Datuk’ dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka.

Novel pertamanya, yang asalnya berjudul Gerhana  kemudian diterbitkan dengan judul Salina ialah sebuah novel yang tebal dan berjaya mengangkat martabat kesusasteraan Melayu ke tahap yang disifatkan oleh Profesor A.  Teeuw dan sesetengah sarjana sebagai bertaraf antarabangsa. Karya novel beliau yang lain adalah seperti Salina,  Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang dan Daerah Zeni.  Di samping novel, Samad juga memperlihatkan kekuatannya dalam penulisan puisi seperti yang terkumpul dalam kumpulan Liar  di Api, Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

KARYA

Novel

• Salina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1961, 495 hlm.
• Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka:  Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
• Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm.
• Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
• Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
• Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm.
• Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
• Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm.
• Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.
• Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm.
• Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
• Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
• Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm.
• Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
• Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm.
• Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel Remaja Kanak-kanak

• Bendera Merah di Atas Bukit, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
• Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
• Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
• Mengejar Tetamu di Waktu Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
• Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
• Keledang, Kuala Lumpur; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
• Antara Kabus ke Kabus, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm.
• Di Simpang Jalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 95 hlm.
• Jalan Retak, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen

• Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
• Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
• Debar Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
• Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, Kuala Lumpur:  Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
• Panorama (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
• Bunga Gunung (Peny.) Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
• Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Bhd. 1985, 153 hlm.
• Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
• Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
• Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,495 hlm.

Puisi

• Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
• Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 26 hlm.
• Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
• Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
• Benih Harapan, Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
• Daun Semalu Pucuk Paku, Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
• Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm.
• Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.
• Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.
• Benih Semalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
• Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.
• 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
• Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
• Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.
• Malaysia dalam Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 316 hlm.
• An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.
• Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm.
• Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.
• Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 69 hlm.
• Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.

Drama

• Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
• Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
• Wira Bukit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 92 hlm.
• Lantai T. Pinkie, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 137 hlm.
• Lazri Meon Daerah Zeni, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 138 hlm.

Esei/Kritikan

• Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm.
• Damai (kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
• Laungan (Kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
• Tangan yang Simpatik, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
• Between Art and Reality (Selected Essays), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 479 hlm.

Autobiografi

• Dari Salina ke Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 83 hlm.

Umum

• Warkah kepada Salmi Manja, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
• Antara Bulan dan Wira, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 632 hlm.
• Warkah Eropah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 235 hlm.
• Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 510 hlm.

Recent Posts