DATUK BAHA ZAIN

DATUK BAHA ZAIN

BIODATA

Baha Zain dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat darjah IV pada tahun 1949. Ketika berumur 11 tahun, anak bongsu ini meninggalkan kampungnya untuk memasuki Anglo Chinese School, Teluk Intan hingga tahun 1957 dan lulus peperiksaan Sijil Persekolahan. Kemudian, beliau belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam.  Seterusnya beliau memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan lulus Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963. Beliau juga melanjutkan pelajaran di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, dalam bidang pendidikan khusus mengenai masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program studi peringkat sarjana.

Pada tahun 1963, beliau mula bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Antara bahagian yang pernah beliau berkhidmat adalah Bahagian Perkamusan sebagai Penolong Ketua Bahagian bagi membantu penyusunan Kamus Dewan, Bahagian Pengembangan Sastera sebagai Ketua Cawangan Kajian, Ketua Pengarang bagi majalah Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya, anggota sidang pengarang jurnal Tenggara, seterusnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1984 beliau meletakkan jawatan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Mulai tahun 1994, Baha Zain menjadi Pengerusi Eksekutif Dasar Padu (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan di samping mengendalikan Pustaka Cipta, syarikat penerbitannya sendiri sejak tahun 1985. Baha Zain dilantik sebagai ahli Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu sejak tahun 1986. Beliau juga dipilih sebagai Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1986). Beliau juga dipilih sebagai Presiden, Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994), Timbalan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1985-1991), Ahli Lembaga Pengarah ITBM (1993-2009), anggota Majlis Perkembangan Buku Kebangsaan (1986-1994), anggota Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Kebangsaan, Malaysia (984-1997), Ahli Lembaga Pengelola DBP (1989-1992, 2002-2005 dan 2005-2008). ketokohan Baha Zain telah melayakkan beliau dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera (1974-1976, 1985-1996). Di samping itu, beliau dilantik sebagai Panel S.E.A Write Award peringkat Malaysia (2002-2005).

Kecemerlangan, ketokohan dan sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu, bahasa dan budaya diktiraf melalui pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Buku Hikayat Cekel Waneng Pati (1967) yang disusun semula oleh beliau telah diberi hadiah oleh UNESCO sebagai bahan bacaan tambahan yang baik. Baha Zain memenangi Hadiah Karya Sastera untuk karyanya yang berjudul Dalam Lingkaran, Topeng-topeng dan Malam yang Melemparkan (1971) serta karya genre puisi dan esei/kritik (1973). Puisi-puisi beliau banyak memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Eceran antaranya Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian (2002/2003), Apabila Menulis Puisi (2008/2009), Permainan Mimpi dan Dalam Persekitaran Kata-kata (2010/2011). Selain itu, Baha Zain turut menerima Anugerah S.E.A. Write daripada Kerajaan Thailand (1980), Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011). Baha Zain dikurniakan Darjah Kesateria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong (1982), Darjah Cura Simanja Kani (PCM) daripada DYMM Sultan Perak (1986), Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP) daripada DYMM Sultan Perak (1998).

KARYA

Buku

Kumpulan puisi (perseorangan)

• Perempuan dan Bayang-bayang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.
• Dari Kertas Catatan Tengah Malam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978
• Tiga Catatan Perjalanaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
• Jalan Desa ke Kota, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta, 1994
• Setaman Pantun,Kuala Lumpur: Pustaka Cipta, 2002
• Topeng-topeng (Puisi-puisi Baha Zain),
• Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-Sajak Lain, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
• “Renungan di Taman dan Sajak-sajak Merdeka” dalam penyuntingan.

Kumpulan esei dan kritikan/kajian sastera (perseorangan)

• Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu 1957-1972, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976
• Esei Sastera Baha Zain, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979
• Esei dan Puisi Baha Zain, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002
• Memartabatkan Persuratan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005
• “Monolog Kecil” dalam penyuntingan.

Kumpulan cerpen (perseorangan)

• Berguru Pada Binatang, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta, 2000.

Antologi puisi

• Suara Tujuh, Penerbitan Setia Murni, 1969.
• Pilihan Puisi Baru Malaysia Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
• Puisi-puisi Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
• Tinta Pena, Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia, 1981.
• Lagu Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
• 100 Sajak Malaysia, Subang Jaya: Tra-tra Publishing, 1984.
• Bintang Mengerdip, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
• Bunga Gerimis, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1986.
• Puisirama Merdeka, Kuala Lumpur: Persatuan Penulis Nasional Malaysia, 1986.
• Bahasa Alam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1986.
• Kumpulan Puisi Malaysia 1975-1985, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
• Puisi Baharu Melayu 1961-1986, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
• Malaysia dalam Puisi,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
• Suara Rasa, Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad, 1993.
• Puisi-puisi Kunjungan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.

Antologi esei dan kritikan/kajian sastera

• Penulisan Kreatif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.
• Novel-novel Melayu dalam Kritikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982

Karya Eceran

Puisi

• “Hidup Ini” dlm. Utusan Zaman, 23 September 1962.
• “Dada Merah Jingga” dlm. Utusan Zaman, 14 September 1969.
• “69” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1969.
• “Cinta Manusia Berani” dlm. Dewan Bahasa, 1 Jun 1969.
• “Surat 1 Januari 2000” dlm. Dewan Bahasa, 1 Jun 1969.
• “Aide-Memoire” (untuk seorang jeneral) dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1969.
• “Mataku” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1970.
• “Surat dari Perbatasan” dlm. Dewan Bahasa, 1 Januari 1970.
• “Cinta Kota” dlm. Dewan Masyarakat, 1 April
• “Pakatan Wanita Asia” dlm. Utusan Zaman, 8 Februari 1970.
• “Malam Sarat Mengandung Kisah” dlm. Dewan Sastera, 15 Julai 1972.
• “Beberapa Catatan Kenangan” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1972.
• “Sketsa Anak Kecil” dlm. Dewan Bahasa, 1 Mac 1973.
• “Gelombang Kenangan” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1973.
• “Menangguhkan Kebenaaran” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1973.
• “Pada Mulanya Kami Tak Menyangka Waktu Akan Tua” dlm. Dewan Sastera, 15 April 1974.
• “Antara Katak dan Manusia” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1975.
• “Belajar Jadi Dewasa” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1975.
• “Tanpa Judul” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1976.
• “Salam Terakhir” dlm. Berita Minggu, 5 Disember 1976.
• “Antara Iklan dan Iklan” dlm. Suara Merdeka, 5 Disember 1976.
• “Kita Adalah Embun yang Tak Pernah Kekal di Atas Daun” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1977.
• “Fantasi Malam Sepi” dlm. Dewan Sastera, 15 Mei 1978.
• “Lilak” dlm. Dewan Sastera, 15 Mei 1978.
• “Nyanyian Bulan Oktober” dlm. Berita Minggu, 12 November 1978.
• “Dunia Baru Seekor Katak’ dlm. Dewan Sastera, 15 November 1978.
• “Sewaktu Kau Lena” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Februari 1979.
• “Sajak Warga Kota” dlm. Dewan Budaya, 1 Julai 1979.
• “Bahasa Alam” dlm. Dewan Budaya, 1 Disember 1979.
• “Sajak” dlm. Mastika, 1 Mac 1981.

Cerpen

• “Bagai Angin di Pantai Akrab dan Asing” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1980.

Drama

• “Interlok: Mencari Dialog Yang Waras” dlm. Dewan Sastera, 1 April 2011.

Makalah sastera/kertas kerja/ucapan/kata pengantar

• “Kenapa di Dada Kebanyakan Pelajar-pelajar Kita Tipis Dengan Semangat Kebangsaan?” dlm.Utusan Zaman, 21 Februari 1960.
• “Tentang DBP” dlm. Indonesie, 1 Januari 1961.
• “Teratai di Tasik” dlm. Indonesie, 1 Januari 1961.
• “Zaman Angkatan Penyaer Kabor”, dlm. Berita Minggu, 1 April 1962.
• “Kematangan Sastra” dlm. Dewan Sastera, 15 Oktober 1972.
• “Orientasi Kebudayaan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1973.
• “Mass-media Sekadar Menyediakan Jawapan” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1974.
• “Seni Baru: Satu Cara Untuk Melihat Kehidupan” dlm. Dewan Sastera, 15 Ogos 1974.
• “Ada Tiga Hal Penting Yang Menarik…” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1974.
• “Mencari Akal Sihat dalam Sastra” dlm. Dewan Sastera, 15 September 1974.
• “Lima Tahun Dalam Esei dan Kritikan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1976.
• “Petikan Surat Sastrawan” dlm. Dewan Sastera, 15 Januari 1977.
• Surat-surat Shahnon dan Latiff Mohidin” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1977.
• “Hakikat Peraduan untuk Mencungkil Bakat” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1977.
• “Penulis Kita Hari Ini: Satu Catatan Singkat” dlm. Dewan Sastera, 15 November 1977.
• “Esei Kesusasteraan Yang Diperlu Sekarang” dlm. Berita Harian, 28 November 1977.
• “Pengurusan Kebudayaan Masa Depan” dlm. Dewan Sastera, 15 Februari 1978.
• “Honar dan Tenar Hadiah Karya Sastera” dlm. Dewan Sastera, 15 Mac 1978.
• “A. Samad Dengan 17 Buku Sejarah” dlm. Berita Minggu, 6 Ogos 1978.
• “Antara Penulis dan Pembaca Bekerja Seorang Editor” dlm. Dewan Masyarakat, 15 April 1979.
• “Masa Depan Sasterawan dan Seniman Masih Belum Apa-apa” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Mei 1979.
• “Kritikan Yang Memalukan” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Jun 1979.
• “Kod Etika Kewartawanan Mengingatkan Kita Supaya Jangan Melakukan Kesilapan”, dlm. Dewan Masyarakat, 15 Julai 1979.
• “Bakat Yang Kuat Bagai Sungai Yang Mengalir di Lembah” dlm. Dewan Masyarakat, 15 Ogos 1979.
• “Penyair Dunia Berhimpun Kali Keempat: Pengalaman Yang Berbaur” dlm. Dewan Sastera, 15 Ogos 1979.
• “Mengeluarkan Seniman Profesional Melalui Akademi Seni” dlm. Dewan Masyarakat, 15 September 1979.
• “Kecemaran Alam Membawa Noda Hitam Dalam Sastera Melayu” dlm. Mingguan Malaysia, 20 April 1980.
• “Dalam Dua Dasawarsa” dlm. Dewan Sastera, 1 Januari 1981.
• “Penulis Tidak Boleh Pisahkan Diri Dari Kehidupan Rakyat”, dlm. Mingguan Malaysia, 13 Oktober 1987.
• “Machiavellian: Politik Sang Raja” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Januari 1988.
• “Teori Pengurusan Lembu” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Februari 1988.
• “Awas Naga-naga” dlm. Dewan Masyarakat, 1 Mac 1988.

Recent Posts