DATO’ DR. ZURINAH BINTI HASSAN

DATO’ DR. ZURINAH BINTI HASSAN

BIODATA

Zurinah Hassan adalah sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut. Beliau dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan, menjadi tenaga pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliay dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013.

Mula dikenali dengan sajak Sesayup Jalan yang dihasilkan pada 1974, mengembangkan bakatnya dengan cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya Kumpulan Puisi Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour, 2010 terbitan Institut terjemahan dan Buku Malaysia. Zurinah juga menghasilkan Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi (2003), dan antara hasil tulisan ilmiah beliau mengenai Sasterawan Negara Usman Awang (1990). Beliau juga menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang bergiat aktof dalam bidang penulisan sejak 1963. Beberapa karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya buku Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Rusia dan Perancis.

Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Antara kejayaan beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.

KARYA

Kumpulan Puisi

• Sesayup Jalan. Pulau Pinang: Biro Penerbitan USM, 1974.
• Di Sini Tiada Perhentian.Kuala Lumpur: Pewarna, 1977.
• Keberangkatan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.
• Kuala Lumpur and Other Places. Kuala Lumpur: Pencetakan Al-Huda, 1988.
• Pujangga Tidak Bernama.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.
• Pesanan dari Gunung Ledang.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004
• Salasilah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
• Nota Waktu (antologi puisi bersama Limm Swee Tin).  Kuala Lumpur: Citra Publishing Sdn. Bhd., 2000
• Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia., 2010.
• Cerita dalam Cerita.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2014.

Kumpulan cerpen

• Meneruskan Perjalanan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
• Menjelang Pemilihan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.

Novel

• Hatimu Aishah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Buku kajian/esei dan kritikan

• Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Shah Alam: Pewarna.
• Sasterawan Negara Usman Awang.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.
• Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi.  Bangi: Penerbit UKM. 2003
• Unsur Alam dalam Puisi Melayu.  Bangi: Penerbit UKM. 2010.
• Puisi Melayu Tradisional-Pantun, Syair, Gurindam, Seloka. Kuala lumpur: Pekan Ilmu. 2011
• Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 2013

Buku terjemahan

• Menghadap ke Pelabuhan/Frente el Puerto. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2012. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Spanish)
• Menghadap ke Pelabuhan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2013. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Rusia)
• Menghadap ke Pelabuhan/ ‘Minato ni Tachimukatte’. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2014. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Jepun)
• Menghadap ke Pelabuhan/En Regardant le Port. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2015.(antologi puisi dengan terjemahan bahasa Perancis) Lharmattan Paris dan ITBM Malaysia.

Sajak terjemahan

• “After Watching Alex Haley’s Roots” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 67, Januari 1988.
• “Are You Still Playing Your Plute” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 69, Januari 1988.
• “Facing the Harbour” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 67, Januari 1988.
• “Thinking of You Mama” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 65, Januari 1988
• “Marriage” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 65, Januari 1988.

Sajak (karya eceran dalam majalah)

• “Diam Tidak Berani” dlm. Dewan Masyarakat, Jil. 6.12, hlm. 47, Disember 1968.
• “Rizal” dlm. Dewan Masyarakat, 7.9, hlm. 51, September 1969.
• “Orang-orang Pelarian” dlm. Dewan Sastra, Jil. 1.5, hlm. 40, Mei 1971.
• “Anak-anak Rambutan Putik” dlm. Dewan Sastra, Jil 1.8, hlm. 40, Ogos 1971.
• “Suara Dalam Hujan” dlm. Dewan Sastra, Jil. 1.9, hlm. 41, September 1971.
• “Ombak Di Kaki Ombak Dihati” dlm. Dewan Sastra, Jil. 1.12, hlm. 09, Disember 1971.
• “Laut Subuh Hari” dlm. Dewan Sastra, Jil. 2.7, hlm. 25, Julai 1972.
• “Awan Berarak Lembut” dlm. Dewan Sastra, Jil. 2.11, hlm. 19, November 1972.
• “Bersama Debu Maya” dlm. Dewan Sastra, Jil. 3.6, hlm. 56, Jun 1973.
• “Aku Di Sebuah Sungai” dlm. Dewan Sastra, Jil. 4.7, hlm. 11, Julai 1974.
• “Hidup” dlm. Dewan Bahasa, Jil. 18.9, hlm. 466, September 1974.
• “Di Perhentian Bas” dlm. Dewan Bahasa, Jil. 18.9, hlm. 467, September 1974.
• “Di Atas Pentas Yang Kosong” dlm. Dewan Sastra, Jil. 4.10, hlm. 16, Oktober 1974
• “Ketika Hujan Lebat” dlm. Mastika, Jil. 34.12, hlm. 71, Disember 1974.
• “Dari Himpunan Yang Tidak Sengaja” dlm. Dewan Masyarakat, Jil. 12.12, hlm. 45, Disember 1974.
• “Hidup Dari Jendela Keretapi” dlm. Dewan Sastra, Jil. 5.1, hlm. 37, Januari 1975.
• “Bila Hujan Telah Reda” dlm. Dewan Sastra, Jil. 5.8, hlm. 25, Ogos 1975.
• “Duhai Pentafsir!” dlm. Dewan Bahasa, Jil. 19.11, hlm. 784-786, November 1975.
• “Perbualan Di Tepi Kolam Ikan” dlm. Dewan Sastra, Jil. 5.11, hlm. 22, November 1975.
• “Satu Kebetulan” dlm. Mastika, Jil. 36.2, hlm. 119, Februari 1976.
• “Mengenang Salim Bachik” dlm. Dewan Sastra, Jil. 7.4, hlm. 25, April 1977.
• “Catatan Untuk Suami” dlm. Dewan Sastera, Jil. 9.1, hlm. 40, Januari 1979.
• “Ingatan Pada Satu Kasih Yang Tak Jadi” dlm. Dewan Sastera, Jil. 9.1, hlm. 40, Januari 1979.
• “Perkahwinan” dlm. Dewan Sastera, Jil. 9.1, hlm. 41, Januari 1979.
• “Usman Awang” dlm. Dewan Sastera, Jil. 10.11, hlm. 24-29, November 1980.
• “Yang Pasti” dlm. Dewan Sastera, Jil. 12.6, hlm. 09, Jun 1982.
• “Pada Ketetapan Ini” dlm. Dewan Budaya, Jil. 5.8, hlm. 55, Ogos 1983.
• “Catatan Untuk Siti” dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 29, Februari 1984.
• “Ingatan Pada Satu Kasih Yang Tak Jadi” dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 29, Februari 1984.
• “Sang Pemimpin” dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 29, Februari 1984.
• “Ketam” (dari puisi Usman Awang) dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 30, Februari 1984.
• “Kisah Noraziah” dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 30, Februari 1984.
• “Berkereta Di Dalam Hujan Lebat” dlm. Dewan Sastera, Jil. 14.2, hlm. 32, Januari 1985.
• “Klang Bas Stand” dlm. Dewan Sastera, Jil. 16.7, hlm. 28, Julai 1986.
• “Mahsuri” dlm. Dewan Sastera, Jil. 16.7, hlm. 28, Julai 1986.
• “Operasi Memberkas Pengemis di Ibu Kota” dlm. Dewan Sastera, Jil. 16.7, hlm. 28, Julai 1986.
• “Sederet Kanak-kanak di Sisi Lebuh Raya” dlm. Dewan Sastera, Jil. 16.7, hlm. 28, Julai 1986.
• “Sebuah Stesen Keretapi” dlm. Dewan Sastera, Jil. 17.2, hlm. 44, Februari 1987.
• “Masihkah Kau Bermain Seruling” dlm. Dewan Sastera, Jil. 17.11, hlm. 36, November 1987.
• “Mencari Ruang” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 62, Januari 1988.
• “Pulau Pinang” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 62, Januari 1988.
• “Looking for Space” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 63, Januari 1988.
• “Perkahwinan” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 64, Januari 1988.
• “Seketika Terkenang Padamu Mama” dlm. Malay Literature, vol.1, No. 1, hlm. 64, Januari 1988.
• “Kota Bharu” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 64, Januari 1988.
• “Menghadap Ke Pelabuhan” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 66, Januari 1988.
• “Setelah Menonton Roots, Alex Haley” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 66, Januari 1988.
• “Masihkah Kau Bermain Seruling” dlm. Malay Literature, vol. 1, No. 1, hlm. 68, Januari 1988.
• “Bendahara, Tuah dan Jebat, Aku Selalu Bertanya” dlm. Dewan Budaya, Jil. 10.8, hlm. 28, 29, Ogos 1988.
• “Senja di Lebuh Raya” dlm. Dewan Sastera, Jil. 18.11, hlm. 20, November 1988.

 

Recent Posts