PANDUAN PENGGUNA
Panduan Mendapatkan Maklumat/Bahan
Pengguna boleh mendapatkan maklumat/bahan dengan cepat dan mudah melalui akses kepada Katalog Awam dalam Talian (KAWAT). KAWAT merupakan pangkalan data dalam talian berasaskan web untuk bahan perpustakaan. Pencarian tersebut akan memaparkan butiran maklumat seperti nombor panggilan atau kedudukan buku di rak perpustakaan, status pinjaman dan lain-lain.
Pusat Dokumentasi Melayu menyediakan 4 buah terminal komputer sebagai kemudahan kepada pengguna mengakses bagi mencari buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan. Maklumat yang diperoleh melalui KAWAT akan memandu anda mengesan lokasi bahan perpustakaan.
Penyusunan Buku di Pusat Dokumentasi Melayu
Koleksi bahan perpustakaan terbahagi kepada:
Koleksi Terbuka
• Buku pinjaman
• Koleksi rujukan
• Kertas kerja/tesis
• Terbitan berkala
• Bibliografi, indeks, katalog, istilah, kamus, dll.
Koleksi Tertutup
• Koleksi dokumentasi - bertanda merah dengan catatan DOK
• Koleksi Arkib DBP
• Koleksi cenderamata, risalah, buletin, dll.
• Manuskrip
• Audio visual
Buku-buku di rak disusun mengikut Sistem Pengelasan Perpuluh Dewey (DDC) menggunakan sistem penomboran seperti berikut:
No. Kelas | Perkara |
---|---|
000 | Am |
100 | Falsafah |
200 | Agama |
300 | Sains Sosial |
400 | Bahasa |
500 | Sains |
600 | Teknologi |
700 | Kesenian |
800 | Kesusasteraan |
900 | Geografi, Sejarah, Biografi |
Singkatan yang digunakan:
F
PV
R
DOK
MK
MF
MS
Vf
C
CD
- Folio
- Pita Video
- Rujukan
- Dokumentasi
- Mokrifilem
- Mikrofis
- Manuskrip Tulisan Tangan
- Risalah
- Cenderamata
- CD-ROM
Lokasi Koleksi Bahan
TINGKAT 2
TINGKAT 3
TINGKAT 4
KOLEKSI PINJAMAN
Am
Falsafah
Agama
Sains Sosial
Bahasa
Sains Tulen
Kesenian
Kesusasteraan
Geografi dan Sejarah
KOLEKSI RUJUKAN
Kamus Ensiklopedia
Bibliografi
Istilah
Buku-buku terpilih
Manuskrip Melayu
Buku Nadir
Gambar Foto
Mikrofilem/Mikrofis
Akhbar Harian
KOLEKSI RUJUKAN
Majalah
KOLEKSI TERTUTUP
Buku Dokumentasi
Kertas Kerja/Tesis
Cenderamata/Risalah
Fail Dokumentasi
KOLEKSI PINJAMAN
Sains Teknologi
Pengurusan