PANDUAN PENGGUNA

PANDUAN PENGGUNA

Panduan Mendapatkan Maklumat/Bahan

Pengguna boleh mendapatkan maklumat/bahan dengan cepat dan mudah melalui akses kepada Katalog Awam dalam Talian (KAWAT). KAWAT merupakan pangkalan data dalam talian berasaskan web untuk bahan perpustakaan. Pencarian tersebut akan memaparkan butiran maklumat seperti nombor panggilan atau kedudukan buku di rak perpustakaan, status pinjaman dan lain-lain.

Pusat Dokumentasi Melayu menyediakan 4 buah terminal komputer sebagai kemudahan kepada pengguna mengakses bagi mencari buku-buku atau bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan. Maklumat yang diperoleh melalui KAWAT akan memandu anda mengesan lokasi bahan perpustakaan.

Penyusunan Buku di Pusat Dokumentasi Melayu

Koleksi bahan perpustakaan terbahagi kepada:

Koleksi Terbuka
• Buku pinjaman
• Koleksi rujukan
• Kertas kerja/tesis
• Terbitan berkala
• Bibliografi, indeks, katalog, istilah, kamus, dll.

Koleksi Tertutup
• Koleksi dokumentasi - bertanda merah dengan catatan DOK
• Koleksi Arkib DBP
• Koleksi cenderamata, risalah, buletin, dll.
• Manuskrip
• Audio visual

Buku-buku di rak disusun mengikut Sistem Pengelasan Perpuluh Dewey (DDC) menggunakan sistem penomboran seperti berikut:

No. KelasPerkara
000Am
100Falsafah
200Agama
300Sains Sosial
400Bahasa
500Sains
600Teknologi
700Kesenian
800Kesusasteraan
900Geografi, Sejarah, Biografi

Singkatan yang digunakan:

F
PV
R
DOK
MK
MF
MS
Vf
C
CD

-  Folio
-  Pita Video
- Rujukan
- Dokumentasi
- Mokrifilem
- Mikrofis
- Manuskrip Tulisan Tangan
- Risalah
- Cenderamata
- CD-ROM

Lokasi Koleksi Bahan

TINGKAT 2

TINGKAT 3

TINGKAT 4

KOLEKSI PINJAMAN

Am
Falsafah
Agama
Sains Sosial
Bahasa
Sains Tulen
Kesenian
Kesusasteraan
Geografi dan Sejarah

 

 

KOLEKSI RUJUKAN

Kamus Ensiklopedia
Bibliografi
Istilah
Buku-buku terpilih
Manuskrip Melayu
Buku Nadir
Gambar Foto
Mikrofilem/Mikrofis
Akhbar Harian

 

 

KOLEKSI RUJUKAN

Majalah

KOLEKSI TERTUTUP

Buku Dokumentasi
Kertas Kerja/Tesis
Cenderamata/Risalah
Fail Dokumentasi

KOLEKSI PINJAMAN

Sains Teknologi
Pengurusan

Recent Posts